Monday, January 31, 2011

cuti:: bebas atau terpaksa atau rela

salam,,,
sempena cuti raya cina ni,,,memang dapat banyak ang pow daripada cikgu-cikgu,,,,
''ang pow''?? mestilah kerja sekolah yang melambak,,,,
tidak mengapa wahai guru-guruku...
akan ana siapkan yer,,,
ini senarai-senarai ramuan cuti hari raya cina:::
BM : kerja KOMSAS,,, (KANANG: cerita seorang pahlawan)
BI: buat satu set kertas percubaan peperiksaan n. perlis tahun 2010...
buat presentation mengenai "MAHATMA GANDHI"
MM: ulangkaji bab 4: statistics
buat latihan( skills application,,1,5,6,7)
SC : buat nota bab 2 bahagian TRANSPIRATION..
latihan modul bab 2...
BA: ok,,,you free but please make sure that you can answer ustaz's question...kuang...kuang!!
GO: ok...free..
PI: free>>
SENI:: oh tidakk... kerja mewarna "background"
SIVIK:: NO HOMEWORK>>HOORAY!!
P.KESIHATAN:: sama seperti SIVIK...
SJ: buat modul...
nota sampai UMNO..
KH (TEKNIKAL): cari 3 model...ambil gambar...
buat 2 model lakaran bebas...untuk projek kerja kayu...
Tema:: MENYIMPAN ALATAN...

fuhhh.....ok la...ana rasa itu sahaja buat hari ini... insyaAllah akan ana siapkan dalam minggu ini...
esok,,,ada kelas tambahan BAHASA ARAB..LUGHATUL ARABIYAH..LUGHATUL QURAN WA LUGHATUL JANNAH....INSYAALLAH....

Sunday, January 30, 2011

form 3:: jadual oh jadual...



lihat jadual kami,,,sungguh padat bukan...
hanya hari rabu kami bisa balik awal...
lupakan kesibukan diri..
mari bersembang!!

cuba teka kelas 3kaa1>>ada berapa pelajar-pelajarnya??
22?? 8??
ataupun 22+8= 30??
sudah pasti!!!! 3o jawapannya,,,
kami rasa kelas kami sudah cukup padat bagi sebuah kelas aliran agama...
hahahah,,,, kelas lain lagilah padat macam tin sardin...
boleh pulak sampai 40 orang,,,
ape tak padat??? ish....ish...ish..

kelas ana ada 8 org arrijal!!!
semakin kami tua,,semakin sikit..
mula-mula 12,,,selepas tu berkurang jadi 9..
tahun ni jadi 8 je...
sungguh menyayat hati...heheheh..

annisaa...pula ada 22...
jauh bukan perbezaannya...hahaha
bagi kami itu sudah jadi perkara biasa...
ini mungkin disebabkan ramai golongan lelaki lebih ramai di kelas bukan aliran agama...

kelas 3KAA1...
telah berjaya merangkul 2 anugerah buat tahun 2011...
HEBAT bukan>>>hehehe walaupun para hero sungguh malas..
tetapi kerana daya usaha para heroin 3KAA1...
kelas kami berjaya mendapat pengiktirafan KELAS PALING CERIA MENENGAH RENDAH.... dan PERPUSTAKAAN MINI BERINFORMASI..... wa caya sama lu la....hahahaah
kami harap agar anugerah itu kekal di kelas kami selama yang boleh!!!
insyaAllah!!

TAHUN BARU 2011~~

salam,,,
tahun 2011 akan menjadi tahun yang amat mencabar untuk ana....
tahun ini akan jadi penentu hala tuju ana,,, ana memang ada azam untuk laksana..
insyaAllah akan ana laksanakan,,,

2011... ana ditempatkan di kelas 3kaa1...
"k" is stand for kelas
"a" is stand for aliran
"a" is stand for AGAMA,,,
AGAMA?? satu perkataan yang penting dalam hidup manusia...
maksudnya kelas ana akan menjadi kelas mithali(contoh) kepada kelas lain yang hanya aliran biasa..
sungguh berat ana rasa tugas itu..

2011... ana ditugaskan menjadi PEN. S/U BADAN PENGAWAS..
terasa kerdil diri ana jika mahu dibandingkan dengan senior-senior yang lain..
akhir tahun 2010.. ajk tertinggi sudah pun diberi tugasan...
ana akur dengan tugasan yang diberikan... lagipun,,ana akan mendapat 7 markah untuk kokurikulum.. berbaloi bukan...heheh...(ada udang di sebalik batu rupanya)

2011... start kelas tambahan yang berlebihan...
awal tahun ini,,walaupun belum mula kelas sekalipun,,
sudah terasa beban yang amat berat..hahah
tapi ana dan rakan-rakan masih rela pulang lambat ke rumah..
kami kononnya mahu berlatih pulang lewat,,,
sebenarnya ber'burak' tak habis-habis...
hahhah,,, paling cepat kami balik pada pukul 3.00 petang...
paling lambat...pukul 5.30 petang...
sungguh LETIH!!!
ana rasa sekadar di sini sahaja bagi thread kali ni..
first time la katakan buat tahun 2011....